Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Apa khabar para readers kami?? Semoga semuanya dalam keadaan sihat hendaknya :)
"Tolong, saya nak kurus!".
Haa, itulah tajuk topik yang akan kami kongsikan bersama anda kali ini. Kami dengan berbesar hati akan membantu anda di luar sana yang benar-benar ingin kurus a.k.a turunkan berat badan yang berlebihan. Tapi sebelum kami bantu anda untuk capai impian itu, anda perlu bantu diri anda terlebih dahulu dengan menjawab beberapa soalan seperti di bawah. Huhu..
1) ADAKAH ANDA SERIUS??
Ini adalah perkara pertama sekali yang perlu anda CONFIRM KAN. Soalan ni mungkin bunyinya biasa-biasa aje, tapi sangat-sangat penting ok. Kenapa ia sangat penting? Sebab ia akan menjadi titik tolak kepada arah tujuan serta progress program kurus anda itu nanti. Kalau part yang ni pun anda masih ragu-ragu, cadangan kami anda tangguhkan jela niat nak kurus tu. Huhu..
2) BERAPAKAH TARGET (KG) ANDA UNTUK JADI KURUS??
Seterusnya, once dah yakin tanpa ragu-ragu, anda perlu tetapkan target untuk diri. Target ini nanti akan membantu anda untuk terus fokus pada program yang anda lakukan kelak. Ingat!! Jangan letakkan target yang tinggi melebihi kemampuan anda. Target perlulah bersesuaian dengan keadaan fizikal dan mental anda. Lakukan dengan perlahan tetapi berterusan (slow but consistent). Anda perlu tahu, badan kita tidak dapat menerima perubahan secara mendadak, oleh itu lakukan program anda kelak dengan bersungguh-sungguh dan teratur.
3) KENAPA ANDA MAHU LAKUKANNYA SEKARANG??
Soalan ini saling berkait dengan soalan pertama tadi. Soalan ini berkaitan tentang sebab atau faktor yang mempengaruhi keputusan anda untuk berubah. Di sini kami kongsikan beberapa sebab yang selalu digunakan klien kami dalam membuat keputusan.
Contoh sebab atau faktor:
a) Ingin/akan berkahwin
b) Keperluan pekerjaan
c) Sering dikritik keluarga, rakan atau orang sekeliling
d) Arahan doktor (berpenyakit)
e) Kemahuan diri sendiri
Walau apapun sebab atau faktor yang menjadi punca anda ingin berubah, cuba untuk jadikannya lebih kuat di dalam diri anda. Faktor ini tadi akan menguatkan lagi keinginan anda untuk terus berusaha dalam mencapai impian.
4) PERNAHKAH ANDA MENCUBA APA-APA PROGRAM/PRODUK DIET SEBELUM INI?? KENAPA ANDA RASA IA TIDAK BERKESAN KEPADA ANDA??
Ok, soalan yang ni panjang sikit. Tapi ini adalah untuk anda mengenal pasti kelemahan diri yang ada. Ingat! Kenalpasti kelemahan diri, bukan kelemahan sesuatu program atau produk. Jika perlu, anda boleh tuliskan kekuatan dan kelemahan anda di atas sekeping kertas. Dengan cara ini, anda akan lebih mudah mengenal pasti kelemahan diri yang perlu diperbaiki. Cadangan kami, kongsikan senarai ini dengan Coach anda (jika ada) supaya program kurus/turun berat anda lebih mudah di monitor oleh beliau.
5) BILA ANDA INGIN MULAKAN PROGRAM UNTUK KURUS/TURUN BERAT INI??
Sekarang masanya untuk anda buat keputusan. Keputusan ini akan merubah keadaan diri anda kin dan masa akan datang. Jika anda pilih untuk tangguh, maka anda perlu sekali lagi untuk menjawab segala pertanyaan di atas apabila anda berimpikan untuk kurus. Tetapi jika anda pilih untuk melakukannya sekarang, maka anda perlulah lakukannya dengan sepenuh hati, fokus dan terus komitmen berusaha!!
Cadangan kami, bila dah buat keputusan, janganlah pula anda berhenti dari berusaha ikut suka hati anda. Berhenti hanya jikalau perlu (atas nasihat doktor). Jika tidak, anda perlulah teruskan usaha dan mengikuti segala jadual makan, senaman dan arahan Coach (jika ada). Bagi yang melakukannya sendiri tanpa sebarang bantuan Coach, perlulah mencari segala maklumat yang diperlukan dan pastikan maklumat yang diperolehi itu sahih dan disahkan berkesan. Jangan kerana ingin berjimat dalam berdiet untuk kurus, anda ditimpa masalah yang tak diingini pula. Berbelanja untuk kesihatan itu lebih baik dari belanja untuk merawat penyakit kan :)
Fikir-fikirkan dan selamat berjuang mendapatkan badan idaman anda!
Sekian untuk posting kali ini..
Adios!!
Independent Herbalife Member/ Personal Wellness Coach/ Coach Pengurusan Berat Badan:
Rizal +6016 441 5171
Yana +6013 355 4471
Email Team AmerNa
Coach Herbalife Banting, Coach Herbalife Selangor, Coach Herbalife Klang, Coach Herbalife Shah Alam, Coach Herbalife, Ahli Bebas Herbalife Malaysia, Ahli Bebas Herbalife Selangor, Ahli Bebas Herbalife Shah Alam, Ahli Bebas Herbalife Klang, Herbalife Malaysia, Turun Berat Badan, Tambah Berat Badan, Pengurusan Berat Badan, Tambah Pendapatan Anda, Bekerja Dari Rumah, Kesihatan Badan, Pengedar Bebas Herbalife, Herbalife Independent Distributor, Herbalife Independent Member, Kami Nutri Club, Herbalife Cara Kurus, Herbalife Jana Duit, Saya Nak Kurus, Saya Nak Gemuk, Saya Nak Duit